Kwn2 ada baca paper ari nie x?
Psl Kes Pertama H1N1..nmpknya kali nie giliran negara kite plak menjadi sasaran..mengikut statistik negara plg byk kes (sehgga 15 mei) -
Mexico: 2446 kes dgn 60 kematian, diikuti
AS: 4298 kes, 3 kematian
Kanada (449 kes), Costa Rica (8 kes) msg2 1 kematian
M'sia negara ke-35 dilanda wabak nie..wpun belum ada kes kematian, tp langkah2 berjaga perlu diambil utk mencegah wabak nie dr menular ke seluruh negara..
Nasihat dr KKM: PERJALANAN KE NEGARA YANG DILANDA DENGAN INFLUENZA A (H1N1)
-Rakyat M'sia TIDAK digalakkan melawat negara2 berkenaan pada masa ini. Jika perjalanan
tidak dapat dielakkan, mereka perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut:
1-Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes Influenza A (H1N1) yang tinggi.
Elakkan melawat tempat-tempat yang sesak.
2-Elakkan bersentuhan dengan pesakit Influenza A (H1N1). Jika anda terpaksa berhubung rapat dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai.
3-Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Tutup mulut bila anda batuk atau bersin. Basuh tangan
dengan air dan sabun (dgn langkah yg betul).
4-Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.
Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda Influenza A (H1N1), elakkan berhubung rapat
dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu atau lebih gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda Influenza A (H1N1).
Saturday, May 16, 2009
Giliran Malaysia..
Posted by miss azlina at 7:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
klu dah babi tu...ish...malas la nak cakap!
b**i jugak lah.....tolong sambung padhlah punya
Post a Comment