CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 11, 2009

Touching Story!

SEMOGA JADI IKTIBAR…


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

Sunday, September 6, 2009

The Real Meaning of Words..

Love (Cinta/kasih sayang)

Sorrow (Kesedihan/duka)

Innocence (Kesucian)

Departure (Pemergian)

Pain (Kesakitan/kesengsaraan)

Compassion (belas kasihan)

Friendship (Persahabatan)

Patience (Kesabaran)

Stranger (Asing/org yg tidak dikenali)

Rescued (Menyelamatkan)
Best friends (Kawan baik)

Divine (Sgt cantik/indah)

"Life is not about waiting for the storms to pass...
It's about learning how to dance in the rain.”
Which one your word today?

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Ramadhan kembali lagi..
Slmt Menyambut Ramadhan al-Mubaraq &

Slmt Berpuasa kpd sume kwn2..

Jgn ponteng pose tau..

& jgn plak sengaja buat perkara dilarang masa pose..


Semoga pose kita sume kali nie bertambah baik dr pose terdahulu..
& pose yang mendapat keberkatan..
& penuh dengan ibadah..

"Bila seluruh 'umur' diselaputi dosa, maka 'Taqwa & Taubat' ubatnya..
Bila semua 'Harta' adalah racun, maka 'Zakatlah' penawarnya..

Bila seluruh 'Bulan' adalah noda, maka 'Ramadhanlah' pemutihnya.."


love,sign

Wednesday, August 12, 2009

Info Ubat : Ubat untuk batuk

Batuk

Batuk adalah satu kaedah semulajadi badan menyingkirkan bahan asing dan mukus dari paru-paru. Anda boleh mengenalpasati beberapa jenis batuk berdasarkan ciri-cirinya yang tersendiri.


Jenis2 batuk:

1-Batuk berkahak akan mengeluarkan semua kahak, lendir dan mukus dari paru-paru. Dalam keadaan ini, mukus perlu dikeluarkan dari paru-paru dan bukan merencat pengeluarannya.


2-Batuk tidak berkahak atau kering, tidak mengeluarkan sebarang kahak. Rasa gatal pada tekak akibat terdedah pada habuk atau asap akan menyebabkan batuk yang kering dan berkokol dan biasanya berlaku diakhir episod selsema.


Penjagaan diri semasa batuk

  • Jangan merokok. Batuk yang kering dan berkokol bermakna paru-paru anda sentiasa terganggu.
  • Minum banyak air. Air akan mencairkan kahak dan melegakan kegatalan pada tekak.
  • Ubat batuk akan melegakan tekak yang gatal tetapi tiada kesan pada batuk. Tiada perbezaan antara ubat batuk yang mahal dengan yang murah.
  • Jika batuk disebabkan habuk atau asap, pakailah penutup hidung dan mulut.
  • Tinggikan kepala anda dengan bantal ketika tidur untuk melegakan batuk kering.

Pemilihan ubat batuk

Terdapat beberapa jenis ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi (boleh dibeli di kedai farmasi). Oleh itu amat penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang anda alami ketika memilih ubat batuk. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat ahli farmasi


1-Ekspektoran membantu mencairkan mukus dan memudahkan anda mengeluarkan kahak semasa batuk, contohnya Ammonium Chloride, Guaiphenesin


2-Perencat mengawal atau mengawal batuk dengan cara menghalang pusat batuk di otak. Digunakan untuk batuk kering dan mengganggu tidur seseorang. Sediaan ini akan meningkatkan kesan alcohol dan menyebabkan mengantuk. Jika diambil terlalu kerap, boleh menyebabkan sembelit dan biasanya tidak dicadangkan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Contoh sediaan adalah Dextromorphan, Codeine (sejenis narkotik yang memerlukan preskripsi doctor)


3-Mukolitik bertindak sebagai agen pencair mukus yang akan membantu mengeluarkan mukus. Kadang-kadang ianya diberikan untuk batuk berkahak bersama-sama ekspektoran. Bagaimanapun keberkesanannya tidak dapat dipastikan. Contohnya Carbocysteine, Dornase alfa.


Bila perlu berjumpa doktor.

Adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor jika anda mengidapi gejala berikut:

  • Kahak berwarna kuning, kehijauan, keruh atau berdarah dan gejala lain yang teruk seperti demam, batuk dan keletihan.
  • Batuk yang berlarutan antara 7 hingga 10 hari selepas gejala lain telah reda.
utk maklumat ttg ubat: http://www.knowyourmedicine.gov.my

Thursday, July 30, 2009

Sorry..


Sorry guys..lama x on9..bz sket sejak2 nie..
kpd follower baru..thanx guys sbb sudi follow blogku yg x seberapa nie..
ada masa nnt, akan ku melawat blog korang ek..
akan dtg..akan ku post citer baru plak..
tggguuuu... :-)



Sunday, July 12, 2009

Tgk je la..


Kali nie malas nk ckp byk..
tgk je la apa yg aku post kali ni..
kreatif..unik..interesting..

nk bunuh diri ke?

mana air ni..aku haus ni!

beratnye! ssh tol la nk buat jus oren ni!

mmbek..mmbek..nk mkn tomato..

nmpk pisang @ dolfin?

umah sape nie?

sape berani mkn aku haa!

nak duit..

ada sesape ilang sebelah kasut?

ni rama2 spesis yg baru ditemui..

mana baby ku?

apa pandang2? ada utang?


jgn pisahkan kami!

Nak main gitar?

ada berani mkn tembikai ni?

tolon! epal gigit!




Sunday, July 5, 2009

Perlu @ x perlu?

Lagi kisah & pengalaman yg ku nk kongsi dgn korang sume..
Kali nie kisah yg sbnrnya cukup aku benci..& x suka..
Ttg 2 kes percubaan BUNUH DIRI kat ward yg aku jaga..

Kes 1: Seorg pompuan cuba utk bunuh diri dgn menelan apa aje ubat yg ada kat umah dia cam ubat batuk, panadol, ubat selsema smpai x sedarkan diri..dan di bawa ke hospital & berjaya diselamatkan.. Sbb bunuh diri: bergaduh dgn bf.. Skang sedang mengandung 2 bulan (hamil tanpa nikah).. Pnh ada sejarah menggugurkan kandungan sbyk 5 kali sblm ni..

Kes 2: Seorg pompuan cuba bunuh diri dgn menelan lebih 20 bijik panadol.. (maximum panadol utk sehari adlh 8 bijik, kalo lebih boleh menyebabkan kerosakan pd organ hati). Sbb bunuh diri: bergaduh dgn bf.. Sblm ni juga pnh cuba bunuh diri dgn menelan Clorox..


Aduss..apa la nk jadi ngan org kite nie..
sikit2 gaduh ngan bf nk bunuh diri..
kalo ko mati, lagi seronok la bf ko tu leh carik pompuan lain..
Ko igt mati tu leh selesai problem ko ke?
Kalo ko mati bunuh diri..sggup ke ko nk duduk kat neraka tu selamanya..

Dan PERLU @ X PERLU mrk nie dirawat di hospital?
Org dh nk mati sgt, knp perlu di rawat?
Tp tugas seorg doktor adlh merawat pesakit..
x kisah la siapa skali pun pesakit tu..
mujur aku x jadi doktor..sbb kalo aku..malas aku nk layan kes cm gini..

Firman Allah:

"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan syurga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)

"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesananku utk gadis2: hargai nyawa anda..hargai maruah anda..hargai diri anda..

love,sign