Saturday, September 26, 2009
Raya 2009!
Posted by miss azlina at 8:51 PM 7 comments
Friday, September 11, 2009
Touching Story!
SEMOGA JADI IKTIBAR…
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Posted by miss azlina at 8:35 PM 2 comments
Sunday, September 6, 2009
The Real Meaning of Words..
Posted by miss azlina at 12:26 AM 2 comments
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan..
Slmt Menyambut Ramadhan al-Mubaraq &
Slmt Berpuasa kpd sume kwn2..
Jgn ponteng pose tau..
& jgn plak sengaja buat perkara dilarang masa pose..
Semoga pose kita sume kali nie bertambah baik dr pose terdahulu..
& pose yang mendapat keberkatan..
& penuh dengan ibadah..
"Bila seluruh 'umur' diselaputi dosa, maka 'Taqwa & Taubat' ubatnya..
Bila semua 'Harta' adalah racun, maka 'Zakatlah' penawarnya..
Bila seluruh 'Bulan' adalah noda, maka 'Ramadhanlah' pemutihnya.."
Posted by miss azlina at 11:28 PM 1 comments
Wednesday, August 12, 2009
Info Ubat : Ubat untuk batuk
Batuk
Jenis2 batuk:
1-Batuk berkahak akan mengeluarkan semua kahak, lendir dan mukus dari paru-paru. Dalam keadaan ini, mukus perlu dikeluarkan dari paru-paru dan bukan merencat pengeluarannya.
2-Batuk tidak berkahak atau kering, tidak mengeluarkan sebarang kahak. Rasa gatal pada tekak akibat terdedah pada habuk atau asap akan menyebabkan batuk yang kering dan berkokol dan biasanya berlaku diakhir episod selsema.
Penjagaan diri semasa batuk
- Jangan merokok. Batuk yang kering dan berkokol bermakna paru-paru anda sentiasa terganggu.
- Minum banyak air. Air akan mencairkan kahak dan melegakan kegatalan pada tekak.
- Ubat batuk akan melegakan tekak yang gatal tetapi tiada kesan pada batuk. Tiada perbezaan antara ubat batuk yang mahal dengan yang murah.
- Jika batuk disebabkan habuk atau asap, pakailah penutup hidung dan mulut.
- Tinggikan kepala anda dengan bantal ketika tidur untuk melegakan batuk kering.
Pemilihan ubat batuk
Terdapat beberapa jenis ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi (boleh dibeli di kedai farmasi). Oleh itu amat penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang anda alami ketika memilih ubat batuk. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat ahli farmasi
1-Ekspektoran membantu mencairkan mukus dan memudahkan anda mengeluarkan kahak semasa batuk, contohnya Ammonium Chloride, Guaiphenesin
2-Perencat mengawal atau mengawal batuk dengan cara menghalang pusat batuk di otak. Digunakan untuk batuk kering dan mengganggu tidur seseorang. Sediaan ini akan meningkatkan kesan alcohol dan menyebabkan mengantuk. Jika diambil terlalu kerap, boleh menyebabkan sembelit dan biasanya tidak dicadangkan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Contoh sediaan adalah Dextromorphan, Codeine (sejenis narkotik yang memerlukan preskripsi doctor)
3-Mukolitik bertindak sebagai agen pencair mukus yang akan membantu mengeluarkan mukus. Kadang-kadang ianya diberikan untuk batuk berkahak bersama-sama ekspektoran. Bagaimanapun keberkesanannya tidak dapat dipastikan. Contohnya Carbocysteine, Dornase alfa.
Bila perlu berjumpa doktor.
Adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor jika anda mengidapi gejala berikut:
- Kahak berwarna kuning, kehijauan, keruh atau berdarah dan gejala lain yang teruk seperti demam, batuk dan keletihan.
- Batuk yang berlarutan antara 7 hingga 10 hari selepas gejala lain telah reda.
Posted by miss azlina at 11:30 PM 2 comments
Thursday, July 30, 2009
Sorry..
ada masa nnt, akan ku melawat blog korang ek..
akan dtg..akan ku post citer baru plak..
tggguuuu... :-)
Posted by miss azlina at 10:35 PM 0 comments
Sunday, July 12, 2009
Tgk je la..
Kali nie malas nk ckp byk..
tgk je la apa yg aku post kali ni..
kreatif..unik..interesting..
nk bunuh diri ke?
Posted by miss azlina at 1:11 AM 6 comments
Sunday, July 5, 2009
Perlu @ x perlu?
Kali nie kisah yg sbnrnya cukup aku benci..& x suka..
Ttg 2 kes percubaan BUNUH DIRI kat ward yg aku jaga..
Kes 2: Seorg pompuan cuba bunuh diri dgn menelan lebih 20 bijik panadol.. (maximum panadol utk sehari adlh 8 bijik, kalo lebih boleh menyebabkan kerosakan pd organ hati). Sbb bunuh diri: bergaduh dgn bf.. Sblm ni juga pnh cuba bunuh diri dgn menelan Clorox..
sikit2 gaduh ngan bf nk bunuh diri..
kalo ko mati, lagi seronok la bf ko tu leh carik pompuan lain..
Ko igt mati tu leh selesai problem ko ke?
Kalo ko mati bunuh diri..sggup ke ko nk duduk kat neraka tu selamanya..
Dan PERLU @ X PERLU mrk nie dirawat di hospital?
Org dh nk mati sgt, knp perlu di rawat?
Tp tugas seorg doktor adlh merawat pesakit..
x kisah la siapa skali pun pesakit tu..
mujur aku x jadi doktor..sbb kalo aku..malas aku nk layan kes cm gini..
Firman Allah:
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan syurga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)
"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pesananku utk gadis2: hargai nyawa anda..hargai maruah anda..hargai diri anda..
Posted by miss azlina at 9:17 PM 4 comments
Saturday, June 27, 2009
Suatu kisah utk dikongsi...
so mesti ada yg tertanya..knp pegawai farmasi kena keje kat wad plak? bkn nurse & doktor je ke?..tugas kami utk review ubat2 yg diberikan doktor kpd pesakit adakah ubat yg btl..dos yg btl..ubat diberi pd waktu yg btl..
byk kisah suka + duka..
ada kisah yg buat aku termenung + berfikir pjg..
ada kisah yg buat aku cukup kagum + insaf..
dh nama keje pon kat wad..so mesti la jmpe ngan org sakit je kan.. mcm2 pesakit & penyakit yg aku jmpe kat wad nie..
tp yg biasa darah tggi..kencing manis..stroke (angin ahmar @ lumpuh separuh bdn)..sawan..penyakit jantung..buah pinggang..penyakit hati..asma/lelah..
& bkn je org tua tp yg muda pon ada..
saat ini aku amat bersyukur kpd Allah sbb dikurniakan kesihatan yg baik utkku & keluargaku..
alhmdulillah...
kisah yg ingin ku kongsikan ini hrp dpt menjadi renungan bersama..
kisah pertama..seorg ibu tua, dlm umo 60+..yg sakit lelah, drh tggi & kencing manis.. waktu tu aku nk ajar makcik nie cara guna inhaler utk asma & pen insulin (utk kencing manis).. sbb masa tu dia dh dibenarkan kuar wad, so aku ckp la kat dia..
aku: makcik dh leh kuar wad..
makcik: nak..nnt jgn bgtau anak makcik yg makcik dh leh blk..
aku: (pelik & hairan)..knp makcik xnk bgtau anak makcik?
makcik: anak makcik sibuk je..cucu pun xleh diharap, malas..makcik pon xnk susahkan dorang..
aku: abis mcm mana mak cik nk blk?
makcik: nnt makcik blk naik teksi..cuma nk pnjam kerusi roda smpai tgkt bwh..
aku: baiklah makcik..
jauh di sudut hati aku, betapa aku dpt merasakan ibu tua ini sedang berjauh hati dgn anak2 & cucunya..mmg spjg ibu tua ini di wad aku x nmpk pon sesape melawat dia.. simpati & kasihan.. tp itu la nasib seorg ibu yg sedang meniti usia..yg sdg menghitung hari akan kembali kpd Yg Maha Esa..
kisah kedua..seorg makcik tua yg masuk ke wad sbb sakit jantung..
so bila keadaan makcik nie dh agak sihat dia dibenarkan blk..
staf nurse xtau la makcik nie ada anak ke x..sbb xde sape melawat makcik nie kat wad..
so, staf nurse ada hubungi adik kpd makcik ini..
si adik & anak pompuannya dtg ke wad dgn mrh2 dgn alasan.."kami xleh bwk dia blk..kami xdpt jaga dia.."
staf nurse: abis xkan nk biar dia tggal kat wad..sini hospital, bkn umah kebajikan..
mrk membalas: anta la dia ke rumah kebajikan..
staf nurse: bkn keje kami nk uruskan benda cmnie..lgpun awk kan anak buah dia.. rumah kebajikan pon xkan terima pesakit yg masih ada waris..
si pompuan ni dgn sombongnya: umah kami pun bkn umah kebajikan..kami mmg xleh jaga dia.. lgpun dia ada anak..
staf nurse: kalo cmtu suruh la anak dia ambik dia..
mrk jwb: anak dia pon xnk jaga dia..
kat kaunter wad tu..staf nurse & si waris nie pon bersoal jwb..akhirnya, si waris nie terpaksa juga membawa makcik tua yg sakit jantung nie blk..
aku yg dgr perbualan mrk nie mmg beristighfar dlm hati..persoalannya..mengapa si anak tergamak membiarkan ibu yg menderita sakit..sudah la menderita penyakit jantung..b'tambah sakit dgn sikap anak..tp itu la nasib seorg ibu tua yg tidak dipedulikan anaknya..
kisah ketiga..seorg ibu yg lumpuh separuh bdn..tp hari2 anak lelaki-nya dtg melawat..megelap badan ibunya..menyuapkan mknn..menemani ibu tuanya di sisi..betapa aku kagum dgn si anak ini.. betapa dlmnya kasih syg anak ini pd ibunya..malah si anak LELAKI ini juga yg menukar pampers ibunya yg basah..tnpa jemu..tnpa merungut dia menjaga ibu tua-nya dgn ikhlas.. betapa insaf & kagum aku melihat si anak ini..
byk lg kisah2 yg selama ni aku tgk di drama tv je..tp berlaku dpn mataku saat ini..
cuba la renungkan sekejap..yg mana satu sikap kita? spt kisah pertama? kedua? @ ketiga? apakah pengorbanan kita sbg anak utk ibu kita? hrpnya kisah pertama & ke-2 bkn sbhgian dari kita semua..
Posted by miss azlina at 5:27 PM 3 comments
Friday, June 19, 2009
Nak bgtau..
Posted by miss azlina at 11:23 PM 3 comments
Jom try!
Aku jmpe 1 website yg cm besh je..jom la try..tol ke..
Try It Yourself: Microsoft Magic!
1- CREATE FOLDER AND NAME IT "CON"
An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the Computer which can be named as "CON". This is something pretty Cool and Unbelievable. At Microsoft the whole Team, couldn't answer why this happened!
TRY IT NOW ,IT WILL NOT CREATE " CON " FOLDER
p/s: aku dh try yg buat folder con nie..mmg btol la.. pastu saje je aku kenakan adik aku yg syg sgt laptop dia.. saje ckp kat dia kalo nk tau laptop ada virus ke x..taip folder con..pas dia try byk kali dia try..mula la takot laptop dia kena virus con..padahal kena trick je tu..huahaha..(gelak mafia)
2. BUSH HID THE FACTS
For those of you using Windows, do the following:
1.) Open an empty notepad file
2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)
3.) Save it as whatever you want.
4.) Close it, and re-open it.
p/s: yg ni aku xtau btol ke x..sbb aku dh try byk kali..tp x jadik2 plak..ada ka sbb aku guna window vista sbb tu x jadik kot? xtau la.. cube lak korang yg try..kalo jadik ckp la kat aku cmner korang buat ek..
3. BROWN FOX AND LAZY DOG
* Microsoft crazy facts
This is something pretty cool and neat...and unbelievable... At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened! It was discovered by a Brazilian. Try it out yourself...
Open Microsoft Word and type:
=rand (200, 99)
And then press ENTER. Then see the magic...............................
p/s: yg ni aku dh try..mmg btol..korang copy n paste je ayat tu then enter..dpt x document 475 pages tu..knp jadik cmni ek..korang jgn la tanya aku sbb Bill Gates sendirik pon xtau..hahaha..
Posted by miss azlina at 10:17 PM 1 comments