CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 26, 2009

Raya 2009!

Assalamualaikum kwn2..
Rasanya dh lama ku x posting kisah idupku kat blog nie..
sbb utama..xde citer yg besh nk diciterkan..
sbb ke2 bz sket ngan keje sbb nk kena setelkan sblm cuti semggu raya..
so..skang ku nk cite sket pengalaman raya kat kampung..
kampung cik azlina di bukit tembakau, umbai melaka..
kalo sape yg xtau, umbai tu terkenal ngan ikan bakar..slurpp..sedap2..hehe..
ku mulakan dgn perjalanan blk kmpg..
kalo nk tau, nie la 1st time ku drive sendiri blk kmpg..
sblm nie..ku cuma jadi "pendengkur" setia (tido) kat blakang bila ayahku drive Rusanya..
tp skang..kena drive sendiri bila dh ada keta sendiri..
keta nie setakat nie baru berusia 2 bulan sbb ku baru dpt 2 bulan yg lalu..
alhmdulillah..rezeki keje kat hkl tu..
amacam..cun x keta ku ini?
mesti la cun mcm tuan punya keta nie..ehehe..(perasan woo!)


persona yg mempesonakan..ahaks..
keta nie & warna adlh pilihan mak ku..
aku cuma tukang kuar duit jer..x kisah la keta apa pun..


ku drive keta ngan pollow Rusa yg ayahku drive kat dpn..
alhmdulillah selamat smpai kampung..
sbb aku masih baru lg dlm dunia pemanduan nie..so ayahku xde la bwk laju mana pun..
kat highway 80-100km/hr je..
aku pun takut nk bwk laju2 gak..


nie..awek cun mana plak pink2 nie?ehehe...
haa..skang nk ku cite psl ari raya plak..
thn nie 1st time la aku beraya sbg seorg yg dh bekerja..
so..bile dh bergaji tu mmg raye sakan la..

dr kiri..azie (3rd), along (cik azlina), angah/isa (ke2) & iewan (ke4 & bongsu)
tambah sakan adikku ke3 ku, azie..ada kamera Canon 1000D (kamera blaja utk coz seni layar dia kat uitm puncak perdana)..
apa lagi..klik sana..klik sini..posing sana..posing sini..

haaa..nie apa hal sume pink nih?
hahaha..nie la my lovely sweet pink family..
al-kisahnya...
warna pilihan/tema dipilih oleh: azie (adik ke3)
jenis kain & anta tukang jahit utk baju kurung: makcik ani (mak)
tukang drive g kedai kain: pakcik man (abah)
tukang anta kedai jahit & ambik utk baju melayu yg dh siap: angah (adik ke2)
tukang inform baju melayu dh siap: iewan (adik ke4) - org tukang jahit call dia
so..tukang kuar duit utk kain smpai tempahan baju: along..(aku la..)
mmg byk la abis duit semata2 utk baju raya kali nie..
dh la family aku jenis badan besar2..
bape abis? rahsia la.. tp try la kira kalo semeter dh 7-8 ringgit..
tp mmg aku dh niat nk sponsor baju raye kali nie..sbb aku baru keje..
so..rezeki keje tu aku nk share ngan family aku..
yg ptg family aku gembira..
di kesempatan nie jg..ku & family nk ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI utk semua..
(byk lg nk cite raye kat kmpg nie..tggu posting seterusnya..)
love,sign

Friday, September 11, 2009

Touching Story!

SEMOGA JADI IKTIBAR…


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

Sunday, September 6, 2009

The Real Meaning of Words..

Love (Cinta/kasih sayang)

Sorrow (Kesedihan/duka)

Innocence (Kesucian)

Departure (Pemergian)

Pain (Kesakitan/kesengsaraan)

Compassion (belas kasihan)

Friendship (Persahabatan)

Patience (Kesabaran)

Stranger (Asing/org yg tidak dikenali)

Rescued (Menyelamatkan)
Best friends (Kawan baik)

Divine (Sgt cantik/indah)

"Life is not about waiting for the storms to pass...
It's about learning how to dance in the rain.”
Which one your word today?