Saturday, September 26, 2009
Raya 2009!
Posted by miss azlina at 8:51 PM 7 comments
Friday, September 11, 2009
Touching Story!
SEMOGA JADI IKTIBAR…
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Posted by miss azlina at 8:35 PM 2 comments
Sunday, September 6, 2009
The Real Meaning of Words..
Posted by miss azlina at 12:26 AM 2 comments
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan..
Slmt Menyambut Ramadhan al-Mubaraq &
Slmt Berpuasa kpd sume kwn2..
Jgn ponteng pose tau..
& jgn plak sengaja buat perkara dilarang masa pose..
Semoga pose kita sume kali nie bertambah baik dr pose terdahulu..
& pose yang mendapat keberkatan..
& penuh dengan ibadah..
"Bila seluruh 'umur' diselaputi dosa, maka 'Taqwa & Taubat' ubatnya..
Bila semua 'Harta' adalah racun, maka 'Zakatlah' penawarnya..
Bila seluruh 'Bulan' adalah noda, maka 'Ramadhanlah' pemutihnya.."
Posted by miss azlina at 11:28 PM 1 comments
Wednesday, August 12, 2009
Info Ubat : Ubat untuk batuk
Batuk
Jenis2 batuk:
1-Batuk berkahak akan mengeluarkan semua kahak, lendir dan mukus dari paru-paru. Dalam keadaan ini, mukus perlu dikeluarkan dari paru-paru dan bukan merencat pengeluarannya.
2-Batuk tidak berkahak atau kering, tidak mengeluarkan sebarang kahak. Rasa gatal pada tekak akibat terdedah pada habuk atau asap akan menyebabkan batuk yang kering dan berkokol dan biasanya berlaku diakhir episod selsema.
Penjagaan diri semasa batuk
- Jangan merokok. Batuk yang kering dan berkokol bermakna paru-paru anda sentiasa terganggu.
- Minum banyak air. Air akan mencairkan kahak dan melegakan kegatalan pada tekak.
- Ubat batuk akan melegakan tekak yang gatal tetapi tiada kesan pada batuk. Tiada perbezaan antara ubat batuk yang mahal dengan yang murah.
- Jika batuk disebabkan habuk atau asap, pakailah penutup hidung dan mulut.
- Tinggikan kepala anda dengan bantal ketika tidur untuk melegakan batuk kering.
Pemilihan ubat batuk
Terdapat beberapa jenis ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi (boleh dibeli di kedai farmasi). Oleh itu amat penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang anda alami ketika memilih ubat batuk. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat ahli farmasi
1-Ekspektoran membantu mencairkan mukus dan memudahkan anda mengeluarkan kahak semasa batuk, contohnya Ammonium Chloride, Guaiphenesin
2-Perencat mengawal atau mengawal batuk dengan cara menghalang pusat batuk di otak. Digunakan untuk batuk kering dan mengganggu tidur seseorang. Sediaan ini akan meningkatkan kesan alcohol dan menyebabkan mengantuk. Jika diambil terlalu kerap, boleh menyebabkan sembelit dan biasanya tidak dicadangkan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Contoh sediaan adalah Dextromorphan, Codeine (sejenis narkotik yang memerlukan preskripsi doctor)
3-Mukolitik bertindak sebagai agen pencair mukus yang akan membantu mengeluarkan mukus. Kadang-kadang ianya diberikan untuk batuk berkahak bersama-sama ekspektoran. Bagaimanapun keberkesanannya tidak dapat dipastikan. Contohnya Carbocysteine, Dornase alfa.
Bila perlu berjumpa doktor.
Adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor jika anda mengidapi gejala berikut:
- Kahak berwarna kuning, kehijauan, keruh atau berdarah dan gejala lain yang teruk seperti demam, batuk dan keletihan.
- Batuk yang berlarutan antara 7 hingga 10 hari selepas gejala lain telah reda.
Posted by miss azlina at 11:30 PM 2 comments
Thursday, July 30, 2009
Sorry..
ada masa nnt, akan ku melawat blog korang ek..
akan dtg..akan ku post citer baru plak..
tggguuuu... :-)
Posted by miss azlina at 10:35 PM 0 comments
Sunday, July 12, 2009
Tgk je la..
Kali nie malas nk ckp byk..
tgk je la apa yg aku post kali ni..
kreatif..unik..interesting..
nk bunuh diri ke?
Posted by miss azlina at 1:11 AM 6 comments