CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Ramadhan kembali lagi..
Slmt Menyambut Ramadhan al-Mubaraq &

Slmt Berpuasa kpd sume kwn2..

Jgn ponteng pose tau..

& jgn plak sengaja buat perkara dilarang masa pose..


Semoga pose kita sume kali nie bertambah baik dr pose terdahulu..
& pose yang mendapat keberkatan..
& penuh dengan ibadah..

"Bila seluruh 'umur' diselaputi dosa, maka 'Taqwa & Taubat' ubatnya..
Bila semua 'Harta' adalah racun, maka 'Zakatlah' penawarnya..

Bila seluruh 'Bulan' adalah noda, maka 'Ramadhanlah' pemutihnya.."


love,sign

Wednesday, August 12, 2009

Info Ubat : Ubat untuk batuk

Batuk

Batuk adalah satu kaedah semulajadi badan menyingkirkan bahan asing dan mukus dari paru-paru. Anda boleh mengenalpasati beberapa jenis batuk berdasarkan ciri-cirinya yang tersendiri.


Jenis2 batuk:

1-Batuk berkahak akan mengeluarkan semua kahak, lendir dan mukus dari paru-paru. Dalam keadaan ini, mukus perlu dikeluarkan dari paru-paru dan bukan merencat pengeluarannya.


2-Batuk tidak berkahak atau kering, tidak mengeluarkan sebarang kahak. Rasa gatal pada tekak akibat terdedah pada habuk atau asap akan menyebabkan batuk yang kering dan berkokol dan biasanya berlaku diakhir episod selsema.


Penjagaan diri semasa batuk

  • Jangan merokok. Batuk yang kering dan berkokol bermakna paru-paru anda sentiasa terganggu.
  • Minum banyak air. Air akan mencairkan kahak dan melegakan kegatalan pada tekak.
  • Ubat batuk akan melegakan tekak yang gatal tetapi tiada kesan pada batuk. Tiada perbezaan antara ubat batuk yang mahal dengan yang murah.
  • Jika batuk disebabkan habuk atau asap, pakailah penutup hidung dan mulut.
  • Tinggikan kepala anda dengan bantal ketika tidur untuk melegakan batuk kering.

Pemilihan ubat batuk

Terdapat beberapa jenis ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi (boleh dibeli di kedai farmasi). Oleh itu amat penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang anda alami ketika memilih ubat batuk. Jika tidak pasti, dapatkan nasihat ahli farmasi


1-Ekspektoran membantu mencairkan mukus dan memudahkan anda mengeluarkan kahak semasa batuk, contohnya Ammonium Chloride, Guaiphenesin


2-Perencat mengawal atau mengawal batuk dengan cara menghalang pusat batuk di otak. Digunakan untuk batuk kering dan mengganggu tidur seseorang. Sediaan ini akan meningkatkan kesan alcohol dan menyebabkan mengantuk. Jika diambil terlalu kerap, boleh menyebabkan sembelit dan biasanya tidak dicadangkan untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Contoh sediaan adalah Dextromorphan, Codeine (sejenis narkotik yang memerlukan preskripsi doctor)


3-Mukolitik bertindak sebagai agen pencair mukus yang akan membantu mengeluarkan mukus. Kadang-kadang ianya diberikan untuk batuk berkahak bersama-sama ekspektoran. Bagaimanapun keberkesanannya tidak dapat dipastikan. Contohnya Carbocysteine, Dornase alfa.


Bila perlu berjumpa doktor.

Adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor jika anda mengidapi gejala berikut:

  • Kahak berwarna kuning, kehijauan, keruh atau berdarah dan gejala lain yang teruk seperti demam, batuk dan keletihan.
  • Batuk yang berlarutan antara 7 hingga 10 hari selepas gejala lain telah reda.
utk maklumat ttg ubat: http://www.knowyourmedicine.gov.my